Webinar Bahasa Melayu 2021 (Cakna Ilmu: Membudayakan Bahasa Melayu)

Webinar Bahasa Melayu 2021 telah dijalankan pada 4 Jun 2021. Dr. Siti Rahimah Mustaffa telah dijemput sebagai penceramah untuk berkongsi pengelaman dan pengalaman beliau dalam penulisan karya kreatif. Seramai 138 pelajar daripada subjek Bahasa Kebangsaan telah menyertai webinar tersebut. Objektif webinar tersebut adalah bagi mendedahkan keunikan bahasa Melayu daripada pelbagai aspek, meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya di sebalik kewujudan bahasa Melayu & menimbulkan minat dalam kalangan pelajar untuk menguasai bahasa Melayu. Melalui webinar tersebut, pelajar dapat menambah pengetahuan mengenai keunikan dialek di Malaysia, mengetahui kesalahan yang kerap dilakukan dalam penggunaan bahasa Melayu & mempelajari cara menghasilkan karya kreatif.

Categories: Uncategorized