Webinar Kuasai Bahasa Kita dengan Cekat dan Andal

Webinar Kuasai Bahasa Kita dengan Cekat dan Andal telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Disember 2020 (Khamis) disertai oleh 53 orang pelajar kursus UCS3412 Bahasa Kebangsaan Semester 1 2020/2021 menerusi platform Google Meet. Perkongsian ilmu tersebut telah disampaikan oleh Dr. Siti Rahimah bt Mustaffa yang merupakan graduan doktor falsafah dari Universiti Putra Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu. Salah satu objektif program ini adalah untuk meningkatkan penghayatan dalam kalangan pelajar terhadap kehalusan budaya di sebalik kewujudan Bahasa Melayu. Dalam sesi webinar tersebut, Dr. Siti Rahimah yang juga merupakan penulis kreatif yang kerap karyanya diterbitkan melalui majalah mahupun akhbar tempatan telah berkongsi tips untuk menghasilkan karya bermutu dan sekaligus memperoleh pendapatan sampingan sekiranya karya yang dihasilkan terpilih untuk diterbitkan. 
 

 

Categories: Uncategorized

Webinar Kuasai Bahasa Kita dengan Cekat dan Andal

Webinar Kuasai Bahasa Kita dengan Cekat dan Andal telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Disember 2020 (Khamis) disertai oleh 53 orang pelajar kursus UCS3412 Bahasa Kebangsaan Semester 1 2020/2021 menerusi platform Google Meet. Perkongsian ilmu tersebut telah disampaikan oleh Dr. Siti Rahimah bt Mustaffa yang merupakan graduan doktor falsafah dari Universiti Putra Malaysia dalam bidang bahasa Melayu. Salah satu objektif program ini adalah untuk meningkatkan penghayatan dalam kalangan pelajar terhadap kehalusan budaya di sebalik kewujudan Bahasa Melayu. Dalam sesi webinar tersebut, Dr. Siti Rahimah yang juga merupakan penulis kreatif yang kerap karyanya diterbitkan melalui majalah mahupun akhbar tempatan telah berkongsi tips untuk menghasilkan karya bermutu dan sekaligus memperoleh pendapatan sampingan sekiranya karya yang dihasilkan terpilih untuk diterbitkan.